Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Dakwaan semua EV akan mahal tidak tepat, pengguna masih ada pilihan – Sim
  • BISNES

Dakwaan semua EV akan mahal tidak tepat, pengguna masih ada pilihan – Sim

Utusan Sarawak 4 hours ago
KENDERAAN Proton e.Mas 7 PHEV – Foto hiasan. Foto Bernama.

BATU KAWAN: Dakwaan bahawa semua kenderaan elektrik (EV) akan menjadi mahal susulan pelaksanaan semula duti import ke atas EV import sepenuhnya (CBU) mulai Julai ini adalah tidak tepat kerana pengguna masih mempunyai pilihan EV pada harga berpatutan menerusi pemasangan tempatan (CKD).

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin berkata, strategi CKD akan memastikan EV masih ditawarkan pada harga mampu milik dalam lingkungan RM100,000 hingga RM200,000, sekali gus mengekalkan akses rakyat kepada teknologi kenderaan elektrik.

“Kenaikan harga hanya melibatkan model EV mewah yang diimport sepenuhnya seperti jenama premium tertentu yang tidak mempunyai jumlah jualan besar untuk dipasang di Malaysia, manakala segmen EV CKD akan terus menawarkan pilihan pada harga lebih mampu milik contohnya Proton e.MAS, Perodua (projek QEV) dan Chery.

“Jenama China seperti Zeekr dan beberapa jenama lain juga akan melakukan pemasangan tempatan di Malaysia, jadi dakwaan semua EV akan menjadi mahal tidak tepat kerana pengguna masih mempunyai banyak pilihan pada harga berpatutan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di tiga buah kilang di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mahu memperkukuh dasar menggalakkan CKD bagi EV sebagai langkah penyetempatan industri automotif negara selepas pengecualian duti import untuk EV CBU bermula Julai ini.

Sim berkata dasar automotif negara kekal konsisten dengan memberi tumpuan kepada pembangunan rantaian nilai domestik dan mengurangkan kebergantungan terhadap EV CBU yang tidak memberi nilai tambah kepada ekonomi tempatan.

“Pelaksanaan semula duti import, cukai jualan dan duti eksais terhadap EV CBU bukan cukai baharu, sebaliknya pengembalian kepada struktur cukai asal selepas tempoh insentif empat tahun tamat.

“Sebab itu, dasar kita memberi galakan kepada pemasangan tempatan atau CKD supaya syarikat membuka kilang di Malaysia, kita mahu mereka melakukan penyetempatan operasi, membuka kilang di sini dan bekerjasama dengan vendor tempatan supaya dapat mewujudkan pekerjaan,” katanya.

Sebelum ini, MITI memaklumkan semua pengimportan EV CBU tertakluk kepada dua syarat utama termasuk had kuasa motor minimum diselaraskan daripada 200kW kepada 180kW ke atas  serta nilai kos, insurans serta pengangkutan minimum sebanyak RM200,000 mulai 1 Julai ini. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun berdepan Risiko Asia Barat, kata Gabenor BNM
Next: Mahkamah perdagangan AS sekat tarif global 10 peratus Trump

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.