Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Mahkamah perdagangan AS sekat tarif global 10 peratus Trump
  • BISNES

Mahkamah perdagangan AS sekat tarif global 10 peratus Trump

Utusan Sarawak 3 hours ago
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump. Foto AFP

WASHINGTON: Mahkamah perdagangan Amerika Syarikat (AS) semalam memutuskan terhadap tarif global 10 peratus yang diperkenalkan Presiden AS, Donald Trump, sekali gus memberikan tamparan baharu kepada agenda perdagangannya.

Keputusan 2-1 oleh Mahkamah Perdagangan Antarabangsa AS itu buat masa ini menghalang pelaksanaan tarif berkenaan terhadap dua syarikat dan Washington, namun ia berpotensi membuka ruang kepada lebih banyak cabaran undang-undang pada masa depan.

Mahkamah memutuskan bahawa tarif terbaharu itu tidak mempunyai justifikasi di bawah undang-undang era 1970-an yang digunakan dalam pelaksanaannya.

Trump memperkenalkan tarif sementara 10 peratus itu pada Februari lalu, tidak lama selepas Mahkamah Agung AS membatalkan sebahagian besar tarif global terdahulu yang diperkenalkannya.

Tarif baharu itu bertujuan menangani defisit imbangan pembayaran dengan merujuk kepada Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974.

Langkah tersebut dijadual berakhir pada penghujung Julai melainkan dilanjutkan oleh Kongres, namun pentadbiran Trump pada masa sama sedang meneroka langkah lebih kekal bagi memperkukuh agenda perdagangannya.

Bagi tujuan itu, pegawai AS telah membuka siasatan baharu terhadap puluhan rakan dagang berhubung isu buruh paksa dan lebihan kapasiti pengeluaran yang boleh membawa kepada pengenaan tarif baharu atau tindakan lain.

Mahkamah Perdagangan Antarabangsa AS dalam keputusannya turut mengarahkan defendan melaksanakan keputusan itu dalam tempoh lima hari selain membayar balik wang kepada pengimport yang memfailkan saman dalam kes berkenaan.

Pentadbiran Donald Trump bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut.

Peguam kanan Liberty Justice Center, Jeffrey Schwab berkata Seksyen 122 diwujudkan bagi menangani krisis sejarah tertentu yang menyebabkan rizab mata wang dan emas AS menyusut.

Menurutnya, AS kini berdepan defisit perdagangan dan bukannya defisit imbangan pembayaran serta tidak menghadapi masalah pembayaran antarabangsa.

Tarif khusus sektor yang dikenakan Donald Trump terhadap produk seperti keluli, aluminium dan automotif tidak terjejas oleh cabaran undang-undang tersebut.

Bagaimanapun, keputusan mahkamah pada Khamis itu menjadi komplikasi terbaharu terhadap agenda tarif Trump.

Sejak Mahkamah Agung memberi tamparan besar kepada dasar ekonominya, banyak syarikat turut memohon bayaran balik cukai import yang telah dibayar.

Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS pada Mac lalu menganggarkan lebih 330,000 pengimport mungkin layak menerima bayaran balik susulan keputusan Mahkamah Agung itu.

Tarif yang sebelum ini dibatalkan dan dilaksanakan di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa telah mengutip kira-kira AS$166 bilion dalam bentuk duti dan deposit anggaran.

-AFP

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Dakwaan semua EV akan mahal tidak tepat, pengguna masih ada pilihan – Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.