Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Daerah Matu dibanjiri orang ramai
  • TEMPATAN

Daerah Matu dibanjiri orang ramai

Utusan Sarawak 3 years ago

HEBAT… Pemenang Acara Karaoke.

MATU: Pelbagai program dan pertandi- ngan sukan diadakan di Dewan Masya- rakat Kampung Tian di sini baru-baru ini yang kembali meriah setelah ‘kesunyian’ dua tahun disebabkan pandemik Covid-19.

Program yang ditaja bekas Ahli Parlimen Igan, Datuk Wahab Dolah itu mendapat sambutan hangat penduduk sekitar Daerah Matu dan Daerah Daro.

Antaranya termasuklah Pertandingan Karaoke, Futsal Lelaki dan Wanita, dan Sepak Takraw yang diadakan sempena Rumah Terbuka Jamuan Aidilfitri dihoskan Wahab dengan ribuan penduduk sekitar termasuk dari Mukah dan Igan membanjiri Dewan Masyarakat Kampung Tian.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Ahmad Dikoh, berkata program dengan pelbagai hadiah menarik bermula Jumaat lalu dan berakhir semalam.

“Hadiah berbentuk wang tunai dan barangan termasuk motosikal keseluruhannya berjumlah RM29,100.

“Yang paling menarik perhatian dan kemuncak sambutan ialah pertandingan pusingan akhir karaoke dengan mencatat kehadiran lebih 4,000 orang.

“Hadiah cabutan bertuah ialah motosikal yang ditunggu-tunggu orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, program itu bertujuan memupuk silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.

“Malah kebanjiran sekitar 10,000 penduduk tempatan, turut menguntungkan penjual di gerai-gerai yang meraih jualan tinggi dan pendapatan harian,” katanya.

Continue Reading

Previous: Masa depan Sarawak cerah – Abang Johari
Next: Hari Wesak disambut sederhana di Batu Niah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.