Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dadah: Penganggur diperintah bon berkelakuan baik 12 bulan
  • JENAYAH

Dadah: Penganggur diperintah bon berkelakuan baik 12 bulan

Utusan Sarawak 2 years ago
Pesalah muda berusia 20 tahun dari Siniawan, Bau, didakwa mengambil dadah Methamphetamine di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, sekitar 1.40 pagi, 28 Mac lalu.

KUCHING: Gara-gara terlibat dalam penyalahgunaan dadah, seorang penganggur lelaki diperintahkan bon berkelakuan baik selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan memerintahkan demikian selepas pendengaran laporan sosial pesalah muda berusia 20 tahun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini, hari ini.

Jika berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh dari Siniawan, Bau, didakwa mengambil dadah  Methamphetamine di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, sekitar 1.40 pagi, 28 Mac lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama.

Sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan serta-merta dikehendaki menjalani pengawasan oleh pegawai selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.

Berdasarkan fakta kes, ketika ditahan pihak polis ujian saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah di Bahagian Siasatan IPD Padawan.

Kemudian, sampel urin dibawa ke Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak dan laporan mengesahkan tertuduh positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Oleh Nickelyson Lakun  

Continue Reading

Previous: Mangsa tipu dalam talian alami trauma, jejas kesihatan mental
Next: Sanusi mengaku tak salah tuduhan menghasut dalam ceramah politik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.