Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Cyril Ramaphosa dipilih semula sebagai Presiden Afrika Selatan untuk penggal kedua
  • GLOBAL

Cyril Ramaphosa dipilih semula sebagai Presiden Afrika Selatan untuk penggal kedua

Utusan Sarawak 11 months ago
RAMAPHOSA, 71, ketua parti African National Congress (ANC), menerima 283 undi mengalahkan Julius Malema dari parti  Economic Freedom Fighters (EFF), yang memperoleh 44 undi. FotoAFP

JOHANNESBURG: Ahli Parlimen Afrika Selatan malam tadi memilih semula Cyril Ramaphosa sebagai presiden negara itu untuk penggal kedua semasa sidang pertama badan perundangan, lapor Agensi Anadolu.

Ramaphosa, 71, ketua parti African National Congress (ANC), menerima 283 undi mengalahkan Julius Malema dari parti  Economic Freedom Fighters (EFF), yang memperoleh 44 undi.

ANC, yang pernah dipimpin oleh ikon global Nelson Mandela, mendominasi politik Afrika Selatan selama tiga dekad sebelum kehilangan majoriti dalam pilihan raya nasional pada 29 Mei.

ANC mempunyai 159 Ahli Parlimen dalam Dewan Negara yang mempunyai 400 kerusi, menjadikan sukar untuk parti itu membentuk kerajaan sendiri.

Ia mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan nasional.

Terdahulu, semalam, ANC mencapai perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan nasional dengan parti Democratic Alliance (DA), Patriotic Alliance (PA) dan Inkatha Freedom Party (IFP).

Ramaphosa mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen yang mengundinya dan berjanji untuk bekerja dan berkhidmat kepada semua rakyat Afrika Selatan.

“Saya ingin menyatakan dengan jelas, bahawa ini bukan gabungan besar dua atau tiga parti,” kata Ramaphosa, sambil menambah bahawa lebih banyak parti dialu-alukan untuk secara sukarela menyertai kerajaan perpaduan nasional.

Malema sementara itu mengucapkan tahniah kepada Ramaphosa atas pemilihan semulanya dan berkata, partinya akan memastikan parlimen berfungsi selain akan menjadi pembangkang yang lantang yang akan memeriksa eksekutif. – Bernama – Anadolu

Continue Reading

Previous: Harga minyak jatuh, Fed kekal kadar faedah
Next: Denmark anggota NATO pertama melabur dalam pengeluaran senjata Ukraine

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.