Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Curi bateri lori: Pemuda dipenjara setahun   
  • MAHKAMAH

Curi bateri lori: Pemuda dipenjara setahun   

Utusan Sarawak 6 months ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Seorang pemuda telah dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret hari ini, selepas mengaku bersalah mencuri bateri lori.

Majistret Romario Jonoi telah memerintahkan Fhiro Disun, 25, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa mencuri sebuah bateri lori jenama Panasonic pada 20 Oktober 2024, sekitar 10.00 pagi berhampiran Stadium Azman Hashim, Jalan Amber, Sibu Jaya.

Sehubungan itu, Fhiro didakwa mengikut Seksyen 379A(1) kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun dan juga denda, jika sabit dengan kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dan cuba mencuri bateri dari lori milik sebuah syarikat peladangan.

Pengadu berjaya menahan lelaki terbabit yang dikenali sebagai tertuduh, sebelum menghubungi pihak polis. Turut dirampas ialah sebuah bateri, tukul, pemutar skru dan tiga unit sepana pelbagai saiz.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Warga emas dipenjara 7 hari merokok di premis makanan
Next: Buang bayi: Suspek dihadap ke mahkamah hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.