Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • CPPC bernilai RM5 juta bakal dibina
  • TEMPATAN

CPPC bernilai RM5 juta bakal dibina

Utusan Sarawak 5 years ago
PENYERAHAN… Julaihi menyampaikan replika cek berjumlah RM808,000 kepada wakil PNK Sebuyau pada majlis diadakan baru-baru ini.

SEBUYAU: Kerajaan Negeri Sarawak telah memberikan kelulusan bagi membina Pusat Mengumpul, Memproses dan Membungkus (CPPC) di kawasan Sebuyau dengan anggaran kos sekitar RM5 juta.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, tapak untuk pembinaan CPPC itu telah dikenal pasti untuk tujuan ini di Sebuyau.

“Saya juga inigin mencadangkan supaya Kerajaan Sarawak membangun Agropark di kawasan Sebuyau yang menggunakan teknologi dan kaedah pertanian moden.

“Agropark ini perlu melibatkan para penduduk tempatan terutama generasi muda dari kalangan lepasan sekolah dan universiti tempatan,” jelas beliau ketika berucap merasmikan penutupan “Agriculture Community Outreach Programme” di Dewan Masyarakat Kampung Sampat dekat sini, anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Samarahan baru-baru ini.

Beliau menambah, tanah ladang yang seluas 5,000 hingga 10,000 ekar yang berhampiran diperlukan untuk tujuan ini.

“Sekiranya sukar untuk mendapat tapak yang seluas ini, pihak kerajaan Sarawak boleh menebus (acquire) tanah ladang di kawasan Sebuyau,” tambah beliau.

Dalam majlis yang sama, Julaihi turut menyampaikan replika cek berjumlah RM808,000 sebagai bantuan musim tengkujuh daripada Kerajaan Sarawak bagi Januari, Februari dan Mac 2020 kepada wakil Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sebuyau, Abdul Rahim Jahari.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Kerajaan terus jaga keharmonian masyarakat
Next: Pemergian wira negara diratapi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.