KUCHING: Sarawak merekodkan 110 kes baharu Covid-19 pada minggu epidemik ke-3 menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 324,197 setakat ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding jumlah kes baharu pada minggu epidemik ke-2 iaitu 216 kes.
Memperincikan perkara itu, JPBNS berkata sebanyak 100 kes baharu Covid-19 yang direkodkan pada minggu epidemik ke-3 merupakan kategori klinikal satu dan dua manakala 10 kes adalah kategori klinikal tiga, empat dan lima.
Kuching kekal sebagai daerah melaporkan jumlah kes terbanyak iaitu 37, diikuti Sibu (15), Miri (11), Bintulu (10), Samarahan (9), Bau (3), Sarikei (2), Mukah (2), Limbang (2), Selangau (2), Betong (2) dan Sebuyau (2).
Daerah lain yang melaporkan satu kes baharu ialah Dalat, Subis, Kapit, Lundu, Kabong, Simunjan, Kanowit, Matu, Asajaya, Bukit Mabong, Sebauh, Tebedu dan Gedong.
Sementara itu, JPBNS memaklumkan satu kes kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan di Sarawak pada minggu epidemik ke-3 iaitu di Sibu.
Oleh Mohd Neenatul Aizal