
(FILES) In this file photo taken on June 18, 2015 Amateur Sam Horsfield of England hits his tee shot on the sixth hole during the second round of the 115th US Open Championship at Chambers Bay in University Place, Washington. - English golfer Sam Horsfield has withdrawn from this week's 120th US Open Championship after testing positive for Covid-19, organisers said September 14, 2020. (Photo by Harry How / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP)

PEMAIN golf dari England, Sam Horsfield telah menarik diri daripada Kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) ke-120 minggu ini setelah diuji positif Covid-19, kata penganjur semalam.
Persatuan Golf AS berkata, kes positif Horsfield muncul setelah dia tiba di New York minggu lalu dan menjalani ujian pra-pertandingan.
Horsfield, 23, berkata, dalam satu kenyataan bahawa dia tidak simptomatik dan merasa sihat.
“Sudah semestinya saya sangat kecewa kerana tidak berpeluang beraksi di Terbuka AS ke-4 saya tetapi jelas sekali keselamatan kejohanan dan pemain lain sangat penting,” kata Horsfield.
Persatuan Golf AS berkata, tempat Horsfield akan diambil oleh Rory Sabbatini, pemain profesional kelahiran Afrika Selatan yang berusia 44 tahun yang kini mewakili Slovakia.
Horsfield merupakan pemain kedua yang menarik diri daripada Terbuka AS kerana positif Covid-19.
Pada Ahad, Scottie Scheffler menarik diri dari kejohanan berikutan kes positif.
Terbuka AS tahun ini dipindahkan dari slot tradisionalnya pada Jun setelah Covid-19 banyak menangguhkan sukan di Amerika Utara.
Kejohanan tahun ini bermula pada esok di Winged Foot di Mamaroneck di New York. – AFP