Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Copa: Argentina mula tunjuk taring sebenar
  • SUKAN

Copa: Argentina mula tunjuk taring sebenar

Utusan Sarawak 11 months ago
BINTANG Argentina, Lionel Messi cuba melepasi pemain Chile, Victor Davila dalam aksi di Stadium MetLife.

EAST RUTHERFORD: Juara dunia Argentina menunjukkan taring mereka selepas menewaskan Chile 1-0 bagi menempah tempat di suku akhir Copa America, hari ini.

Jaringan tunggal Lautaro Martinez pada minit ke-88 menggembirakan kira-kira 82,000 penyokong Argentina yang hadir menyaksikan perlawanan di Stadium MetLife di New Jersey.

Kekalahan menyaksikan Chile yang juga juara Copa America pada 2015 dan 2016 memerlukan kemenangan ke atas Kanada pada Ahad ini bagi menghidupkan peluang mereka untuk kekal dalam kejohanan kali ini.

Argentina dalam pada itu sedang memburu gelaran utama ketiga berturut-turut mereka selepas menjulang trofi Copa pada 2021 dan Piala Dunia setahun selepas itu.

Biarpun berdepan cabaran sengit dari Chile, skuad Lionel Scaloni nyata tidak mengecewakan penyokong dengan mempamerkan aksi penuh mengujakan.

“Kemenangan yang wajar. Jujurnya, perlawanan tidak mudah dan kami meraih kemenangan pada masa yang tidak dijangka. Namun seperti biasa, pasukan kekal percaya dan menyerang biarpun mereka mula tampak longgar pada baki 10 atau 12 minit perlawanan,” kata Scaloni.

Dalam pada itu, pemain tengah pasukan, Alexis Mac Allister turut senada dengan Scaloni selain menyifatkan perlawanan berkenaan seakan ‘medan peperangan’.

“Sangat sukar, kami tahu ia akan berlangsung seperti ini. Secara amnya perlawanan seperti peperangan, ada pertarungan antara dua pasukan. Ia satu persembahan yang baik, kami memberikan 100 peratus dan pada penghujungnya, kami meraih kemenangan,” katanya. – AFP

Continue Reading

Previous: Euro: Southgate diejek, dibaling botol bir
Next: Thiago umum persaraan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.