Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Cipta kemajuan bersama kunci kelab kekal bertahan setelah 35 tahun penubuhan  
  • Tengah
  • WILAYAH

Cipta kemajuan bersama kunci kelab kekal bertahan setelah 35 tahun penubuhan  

Utusan Sarawak 6 months ago
TERIMA KASIH… Para penerima sumbangan merakam kenangan bersama (barisan belakang) Ho (tujuh, kiri), Yong (sembilan, kiri), Teo (lapan, kanan), Ling (kanan), Chiew (tujuh, kanan), Huong (enam, kanan) dan Wong (lapan, kiri).

SIBU: Kelab Lions Sibu Mandrin telah memberikan sumbangan dan perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat sepanjang 35 tahun penubuhannya.

Gabenor Daerah 308-A2 Annie Ho Chui Leng berkata, presiden terdahulu Kelab Lions Sibu Mandarin sentiasa mengekalkan semangat persahabatan, perpaduan dan kerjasama.

“Ahli-ahli Lions juga menyokong satu sama lain dan mencipta kemajuan bersama. Semangat terpuji ini adalah kunci kepada kemajuan dan kejayaan berterusan kelab anda,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada sambutan ulang tahun ke-35 dan majlis angkat sumpah ahli lembaga pengarah baharu Kelab Lions Sibu Mandrin, malam tadi.

Ho berharap di bawah kepimpinan presiden baharu Yong Nai Kiong, Kelab Lions Sibu Mandarin akan terus mencapai tahap lebih tinggi dan melakar lembaran baharu yang gemilang.

“Saya juga berharap semua ahli Lions dapat memberi respons secara aktif kepada tema Gabenor Daerah saya ‘Care for One’ supaya Daerah 308-A2 dapat berkembang maju dalam suasana persahabatan dan keharmonian,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, turut diadakan majlis penyerahan sumbangan kepada Lau Chuang Yien untuk membantu pembelian kaki palsu.

Turut menerima sumbangan ialah Sibu Cancer Care Society, Rumah Seri Kenangan Sibu, Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang, Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong, SM Guong Ming, SM Khian Hin, Citizen Middle School dan Sekolah Tinggi Katolik.

Turut hadir ialah wakil Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Kaunselor Datuk Teo Boon Siew, Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew, wakil Ahli Parlimen Lanang, Stanley Chiew, wakil ADUN Bukit Assek, Kaunselor Huong Haw Ching dan wakil ADUN Bawang Assan, Sean Wong.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Orang ramai dijemput sertai kempen derma darah esok
Next: Bomba pantau kawasan berisiko banjir 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.