FRANK Lampard mengakui Chelsea bergelut dengan kegementaran ketika mereka mengejar tempat dalam Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim depan setelah Olivier Giroud menjaringkan satu-satunya gol dalam kemenangan 1-0 atas Norwich yang sudah tersingkir di Stamford Bridge semalam.
Kemenangan membuka kelebihan empat mata untuk pasukan tangga ketiga Chelsea ke atas Leicester dan Manchester United, yang kedua-duanya bermain kurang satu perlawanan.
Tetapi Lampard tahu masih banyak yang perlu dilakukan dengan perjalanan ke juara Liverpool dan pasukan tangga keenam Wolves berkunjung ke Stamford Bridge pada hari terakhir musim ini dalam dua perlawanan liga terakhir Chelsea musim ini.
“Saya mahukan lebih banyak tetapi itu boleh menunggu. Di mana kami berada sebagai satu pasukan dan kedudukan kami dalam liga, tiga mata adalah segalanya,” kata Lampard.
“Jika kami ingin benar-benar mahu maju maka itu akan menjadi lebih baik. Ia tidak mudah, ada perasaan gugup di sana dengan alasan yang dapat difahami.”
Lampard sangat marah dengan kurangnya saingan pasukannya ketika kalah 3-0 di Sheffield United pada hari Ahad yang menyebabkan peluang Chelsea untuk berada di kedudukan empat teratas dalam keraguan.
Bekas pemain antarabangsa England itu membuat lima perubahan daripada psaukan yang kalah di Bramall Lane dengan Giroud di antara yang dikembalikan dalam kesebelasan utama.
Chelsea telah berjaya meningkatkan barisan serangan mereka untuk musim depan dengan pembelian Timo Werner dan Hakim Ziyech.
Tetapi Giroud lebih dari sekadar membuktikan keputusan untuk melanjutkan kontraknya selama setahun semasa ‘lockdown’ bola sepak dengan penyerang Chelsea itu yang paling menonjol sejak liga disambung semula.
“Dia watak besar bagi kami dan menjaringkan gol penting,” tambah Lampard.
Hanya ketika Norwich bersiap-siap untuk bertahan sehingga rehat Giroud melepaskan diri daripada kawalan Timm Klose untuk menanduk masuk hantaran silang Christian Pulisic untuk gol kelima beliau dalam lapan perlawanan.
“Saya terlepas beberapa peluang yang biasanya jarang saya lepaskan,” kata Giroud. “Saya kehilangan sedikit kepercayaan diri tetapi keinginan saya untuk menjaringkan gol lebih besar, jadi saya hanya berusaha untuk terus fokus dan mengenai hantaran Christian, saya berusaha untuk melakukan tandukan.” Nasib Norwich yang ditunggu-tunggu untuk kembali ke Liga Kejuaraan disahkan dengan kekalahan 4-0 di tangan West Ham pada hari Ahad. – AFP