Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Chelsea ‘benam’ Barrow 5-0
  • SUKAN

Chelsea ‘benam’ Barrow 5-0

Utusan Sarawak 8 months ago
PENJAGA gol Chelsea, Filip Jorgensen menumbuk bola semasa perlawanan pusingan ketiga Piala Liga England antara Chelsea dan Barrow di Stamford Bridge, di London pada 25 September 2024. FotoAFP

LONDON: Christopher Nkunku menjaringkan hatrik ketika Chelsea membelasah kelab divisyen empat, Barrow 5-0 untuk mara ke pusingan 16 pasukan terakhir Piala Liga England, awal pagi tadi.

Nkunku kini telah menjaringkan enam gol dalam tujuh penampilan musim ini, tetapi pemain Perancis itu masih gagal memperoleh tempat tetap dalam pasukan Enzo Maresca.

Maresca melakukan 11 pertukaran daripada pasukan yang menewaskan West Ham 3-0 pada Sabtu lalu dan memulakan kesebelasan utama yang bernilai sekitar £400 juta.

Joao Felix merupakan seorang lagi pemain mahal The Blues yang berjaya menyinar, melakukan assist bagi membolehkan Nkunku menjaringkan gol pembukaan.

Nkunku kemudiannya menjaringkan gol kedua sebelum sepakan percuma Felix mengenai tiang dan melantun masuk ke dalam gawang penjaga gol Barrow, Paul Farman.

Pedro Neto menyambar hantaran lintang Mykhailo Mudryk untuk gol pertamanya bersama Chelsea. Nkunku menyumbat hatrik pertamanya untuk kelab apabila berjaya menewaskan Farman dan menolak bola ke dalam jaring kosong.

Pada aksi lain, kelab divisyen empat Walsall hampir melakukan kejutan apabila mereka memaksa Leicester bermain dalam penentuan sepakan penalti selepas seri 0-0.

Bagaimanapun, pasukan Liga Perdana Inggeris itu memenangi penentuan sepakan penalti itu 3-0.

Sementara itu, perlawanan antara Newcastle dan AFC Wimbledon ditangguhkan selepas lubang dikesan di padang pasukan kelab divisyen empat itu berikutan banjir besar di London, minggu ini

Perlawanan kemudian ditukar ke St. James Park di Newcastle pada 1 Oktober nanti.

Newcastle telah menyumbang £15,000 kepada dana bagi membantu membaiki padang di Stadium Cherry Red Records. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Mbappe terus ‘menggila’ di Madrid
Next: City mara ke pusingan 16 terakhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.