Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ceroboh Kubur: Suspek diburu polis
  • JENAYAH

Ceroboh Kubur: Suspek diburu polis

Utusan Sarawak 2 years ago

Antara kubur di Tanah Perkuburan Iban Pulau Keladi yang telah dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab.

SIBU: Sebanyak 28 kubur di Tanah Perkuburan Iban, Pulau Keladi telah diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, Balai Polis Lanang menerima laporan daripada Tuai rumah Tanjung Latap Sibu memaklumkan kejadian tersebut pada Jumaat lalu.

“Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu telah ke lokasi kejadian dan mendapati sebanyak 28 kubur telah diceroboh.

“Setakat laporan diterima, pihak polis kini sedang giat mengesan dan menjalankan risikan bagi mengesan suspek yang terlibat,” jelasnya menerusi siaran media, lewat petang semalam.

Justeru, pihak polis mengalu-alukan mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut agar terus menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Mohd Fairrul Noor Azlan di talian 017-3315589.

Kes disiasat mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Kempunan jam tangan mewah, suri rumah tertipu RM526,400
Next: Dua individu dipanggil berhubung kes rangka wanita ditemukan dalam bagasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.