Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cemas lori dipandu hilang kawalan
  • TEMPATAN

Cemas lori dipandu hilang kawalan

Utusan Sarawak 5 years ago
REMUK… Keadaan lori trailer yang terlibat dengan kemalangan akibat hilang kawalan di Kampung Jepak petang semalam.

ELLIE EDWARD

BINTULU: Seorang pemandu lori tangki membawa muatan minyak sawit berdepan detik mencemaskan apabila lori terbabit yang dipandunya terlibat kemalangan ketika melalui selekoh tajam dan menuruni Kampung Jepak sekitar 6.30 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, lori tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan lalu melanggar tiang elektrik dan turut melanggar tiga kereta dan sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan sebuah rumah kediaman berdekatan tempat kejadian.

“Apabila sampai di tempat kejadian, lori tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar tiang elektrik dan turut melanggar tiga kereta dan sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan sebuah rumah kediaman yang turut digesel oleh lori tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurutnya, pemandu dan juga mangsa dikenali sebagai Ismail Ibrahim, 30, telah mengalami kecederaan.

“Dalam kejadian ini, pemandu mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Nyabau Bintulu untuk rawatan,” katanya.

Setakat semalam katanya, lori tanker tersebut masih di tempat kejadian untuk proses pemunggahan muatan minyak sawit sebelum kenderaan dialihkan.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Christus Buson memaklumkan bahawa pemandu lori yang tersepit telah berjaya dibawa keluar atas bantuan orang awam.

“Pasukan bomba menggunakan media buih untuk kerja-kerja pembersihan kerana minyak sawit tertumpah daripada tangki simpanan lori tersebut,” katanya.

Continue Reading

Previous: Peniaga ikan terkesan Covid-19
Next: Bakar sampah, rumah nyaris musnah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.