Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • CATS FM agih 2,000 pek bubur lambuk, rai anak yatim sempena Aidilfitri di Mukah
  • Tengah
  • WILAYAH

CATS FM agih 2,000 pek bubur lambuk, rai anak yatim sempena Aidilfitri di Mukah

Utusan Sarawak 3 months ago
PENGURUS Program CATS FM, Mohamad Fadzli Daud @ Fuzz mengagihkan pek bubur lambuk di sekitar bandar Mukah, petang semalam.

MUKAH: Sebanyak 2,000 pek Bubur Lambuk CATS telah diagihkan kepada masyarakat sekitar bandar ini, lewat petang semalam.

Program anjuran syarikat radio pertama Sarawak itu dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji dan Pusat Khidmat Mukah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib bertempat di Menara Jam Mukah dan Bazar Ramadan Mukah bermula seawal 4.00 petang.

Menurut Pengurus Program CATS FM, Mohamad Fadzli Daud @ Fuzz, program ini bertujuan menyemarakkan semangat Ramadan dengan menghulurkan juadah untuk berbuka puasa kepada penduduk setempat.

Menurut Fuzz, program ini bukan sekadar pengagihan makanan, tetapi juga satu inisiatif untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

“Ramadan adalah bulan berkongsi rezeki. Dengan adanya program seperti ini, kita dapat bersama-sama membantu golongan yang memerlukan serta memupuk semangat muafakat dalam kalangan penduduk Mukah,” katanya ketika ditemui selepas pengagihan bubur lambuk.

Selain program pengagihan bubur lambuk, Hanifah turut menyantuni sekitar 300 warga Mukah termasuk anak-anak yatim dalam satu majlis khas di Masjid Setia Raja Mukah.

Dalam majlis tersebut, Hanifah telah menyumbang sebanyak 50 Bakul Rezeki, manakala 50 sampul Duit Raya diberikan oleh CATS FM kepada anak-anak yatim sebagai tanda keprihatinan menjelang Aidilfitri.

Program ini turut diserikan dengan majlis berbuka puasa “Sungkey Sama CATS”, yang dihadiri oleh Ketua Jabatan Daerah Mukah, ketua kaum serta penduduk setempat.

Turut hadir sama ialah Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji Datuk Nurlaila Said, dan Pengarah Urusan Kristal Harta Sdn Bhd (CATS FM) Mohd Iskandar Nawawi.

CATS FM sentiasa komited dalam menjalankan program kebajikan bagi membantu masyarakat tidak kira latar belakang di negeri ini.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kongsi kegembiraan perayaan bersama
Next: Jaga kebajikan ibu bersalin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.