Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Carlos Queiroz letak jawatan jurulatih Ghana
  • SUKAN

Carlos Queiroz letak jawatan jurulatih Ghana

Utusan Sarawak 10 hours ago
KETUA jurulatih Ghana dari Portugal, Carlos Queiroz memberi isyarat semasa perlawanan bola sepak pusingan 32 Piala Dunia 2026 antara Colombia dan Ghana di Stadium Kansas City di Kansas City pada 3 Julai 2026. Foto AFP

KANSAS CITY, Missouri: Jurulatih Ghana Carlos Queiroz meletakkan jawatan susulan penyingkiran pasukan itu daripada saingan Piala Dunia FIFA 2026 selepas tewas 0-1 kepada Colombia pada pusingan 32 terbaik minggu lepas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kejohanan di Amerika Utara itu merupakan penampilan kelimanya berturut-turut sebagai jurulatih di pentas Piala Dunia.

“Saya meninggalkan perjalanan ini dengan rasa bangga atas apa yang telah kami capai, namun pada masa sama masih berasa tidak puas hati kerana sentiasa mahukan lebih banyak kejayaan,” kata Queiroz.

KETUA jurulatih Ghana dari Portugal, Carlos Queiroz bercakap dengan pemain tengah Ghana #08, Kwasi Sibo semasa perlawanan bola sepak pusingan 32 Piala Dunia 2026 antara Colombia dan Ghana di Stadium Kansas City di Kansas City pada 3 Julai 2026. Foto AFP

Dalam ucapan perpisahannya, jurulatih berpengalaman itu turut mengkritik Persatuan Bola Sepak Ghana.

“Masa depan Black Stars tidak akan dibina hanya di atas padang. Kejayaan Black Stars mesti bermula di luar padang dengan mewujudkan persekitaran terbaik untuk mempersiapkan, melindungi dan membangunkan bakat bola sepak luar biasa yang dimiliki Ghana,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Gandingan Adelia-Adania rangkul gelaran juara Boling Remaja Dunia
Next: Perancis sedia ‘berperang’ demi impian Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.