Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cakna, fahami masalah penduduk
  • TEMPATAN

Cakna, fahami masalah penduduk

Utusan Sarawak 3 months ago
TURUN PADANG… Kaunselor Kevin Lau, Penghulu Wong Ung, Kapitan Chew Hoo Kiong, Kaunselor Rory Wong dan yang lain mengadakan pertemuan dengan penduduk di sekitar kawasan Sungai Sadit, Sibu baru-baru ini. -Foto kredit Kevin Lau Kor Jie

SIBU: Pasukan Perkhidmatan Bergerak Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan meneruskan usaha turun padang bagi mendengar dan memahami keperluan penduduk dengan mengadakan lawatan ke kawasan Sungai Sadit, bermula dari Jalan Kwong Hua hingga ke Jalan Lan Lan, baru-baru ini.

Lawatan itu diketuai oleh Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau, bersama Penghulu Wong Ung, Kapitan Chew Hoo Kiong serta Kaunselor Rory Wong, yang berkesempatan bertemu 13 keluarga di kawasan tersebut.

Menurut beliau, maklum balas penduduk menunjukkan bahawa masalah tekanan air yang sebelum ini menjadi isu utama kini telah diperbaiki susulan projek peningkatan air yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkaitan.

“Penduduk memaklumkan bahawa aliran air kini lebih kuat dan lancar, sekali gus memberi keselesaan kepada mereka dalam urusan harian,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, beberapa penduduk turut mengutarakan permintaan agar pencahayaan lampu jalan ditambah baik serta sistem perparitan dibersihkan bagi mengelakkan masalah banjir dan keselamatan pada waktu malam.

Perkhidmatan bergerak yang dijalankan bukan sahaja memberi peluang kepada pasukan SUPP untuk mengenali masalah penduduk dengan lebih dekat, malah membolehkan mereka berhubung terus dengan ketua komuniti bagi mendapatkan bantuan.

“Kami akan terus menjalankan program ini bagi memastikan penduduk di kawasan Bawang Assan yang memerlukan bantuan dapat menerima sokongan sewajarnya,” tambahnya.

Beliau turut menggalakkan penduduk supaya menghubungi ketua komuniti tempatan atau menyampaikan isu mereka kepada pihak berkaitan bagi memastikan setiap permasalahan dapat ditangani dengan berkesan.

OLEH TARANI LANTING

Continue Reading

Previous: Komited sokong, bantu pejuang kanser payudara
Next: Sarawak kekurangan kakitangan kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.