Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Cadang wujudkan kampung sukan
  • SUKAN

Cadang wujudkan kampung sukan

Utusan Sarawak 3 years ago

TAHNIAH…Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan Insentif Atlet kepada Buda Anchah pada Majlis Malam Penghargaan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak bertempat di hotel terkemuka di Kuching, semalam. • Foto HERRIEY

KERAJAAN Sarawak bercadang mewujudkan sebuah kampung sukan yang berciri futuristik dalam usahanya meningkatkan lagi pencapaian para atletnya di peringkat antarabangsa.

Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kampung sukan yang dicadangkan itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden yang canggih untuk melatih para atlet.

“Kajian bagi perancangan itu sudah dibuat dengan mengambil negara New Zealand sebagai contoh dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah telah ke sana untuk melihat kualiti kemudahan sukan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Malam Penghargaan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak di sini.

Dalam perkembangan lain Abang Johari meminta kementerian itu untuk menekankan penglibatan belia dalam ekonomi digital dalam merancang program pembangunan keusahawanannya.

“Kita nak lahirkan usahawan dalam kalangan belia yang kita boleh latih setimpal dengan era baharu iaitu era pendigitalan,” katanya.-Bernama

Continue Reading

Previous: Alonso yakin peluang Alpine
Next: Bakal ke suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.