Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Cabaran Piala FA Red Devils berakhir
  • SUKAN

Cabaran Piala FA Red Devils berakhir

Utusan Sarawak 2 months ago
JARINGAN PEMBUKAAN… Pemain pertahanan Fulham, Calvin Bassey menanduk masuk gol pertama aksi pusingan kelima Piala FA Inggeris menentang Manchester United, awal pagi tadi. Foto AFP

MANCHESTER: Perjalanan Manchester United dalam saingan Piala FA Inggeris berakhir pada pusingan kelima apabila tewas menentang Fulham awal pagi tadi, sekali gus meneruskan musim yang mengecewakan.

Skuad kendalian Ruben Amorim ketinggalan kepada jaringan pembukaan separuh masa pertama Calvin Bassey di Old Trafford sebelum Bruno Fernandes menyamakan kedudukan 1-1 untuk memaksa aksi masa tambahan.

Penjaga gol Fulham, Bernd Leno menjadi wira pasukan dalam penentuan penalti apabila berjaya menafikan penalti Victor Lindelof dan Joshua Zirkzee, dengan pasukan pelawat menyempurnakan keempat-empat sepakan mereka.

Para peminat tuan rumah terus berang dengan pasukan selepas Red Devils mencatat satu lagi keputusan buruk dalam musim yang hambar, yang mana mereka merosot di tempat ke-14 dalam carta Liga Perdana Inggeris.

“Ia sukar. Kami mempunyai peluang terbaik dalam permainan tetapi akhirnya, penentuan penalti boleh memihak kepada kedua-dua pasukan dan hari ini, ia bukan nasib kami,” kata Amorim.

“Saya tahu kami kalah dalam perlawanan dan terlepas satu lagi trofi pada musim ini tetapi matlamatnya adalah untuk memenangi Liga Perdana.

Sementara itu, Amorim mengakui bahawa kehidupannya bersama United sukar dan penyingkiran tersebut merupakan kekecewaan terbaharu untuknya.

Bagaimanapun, United masih mempunyai peluang merangkul trofi apabila beraksi menentang Real Sociedad dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Europa UEFA,  awal Jumaat ini sebelum menerima kunjungan Arsenal dalam liga. – AFP

Tags: Manchester United Piala FA Sukan

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik belum pasti beraksi di Masters Orleans
Next: Kualiti bola melalui ujian ketat, FA jawab Guardiola

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.