Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Buruan kes tetak, suspek amuk diberkas polis di Lawas
  • JENAYAH

Buruan kes tetak, suspek amuk diberkas polis di Lawas

Utusan Sarawak 2 hours ago
TANGKAPAN JENAYAH...Suspek kes tetak di Sundar.

LAWAS: Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menyerbu sebuah bilik hotel di bandar raya Kota Kinabalu dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 38 tahun yang dikehendaki polis.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata serbuan dilakukan pada 2.00 pagi, 27 Jun lalu, di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah.

Menurutnya, suspek dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis yang dibuat oleh seorang mangsa pada 6.25 pagi, 7 Jun lalu di Balai Polis Lawas.

“Dalam laporannya, pengadu mendakwa ditetak secara tiba-tiba oleh suspek ketika berada di Kampung Sinampuan, Sundar, Lawas sehingga mengalami kecederaan parah.

“Hasil risikan yang dijalankan, polis berjaya menjejaki suspek sebelum melancarkan serbuan dan membuat tangkapan. Tangkapan itu turut membawa kepada penemuan sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Semakan rekod lampau turut mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah dan kesalahan berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

TANGKAPAN JENAYAH…suspek bersama bahan bukti dalam kes amuk di Ba’kelalan.

Sementara itu, pada 26 Jun lalu, polis menerima satu laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 66 tahun yang mendakwa anak lelakinya berusia 45 tahun mengamuk menggunakan senjata tajam.

Menurut pengadu, anaknya yang merupakan seorang penganggur tiba-tiba menjerit dan mengamuk sambil memegang senjata tajam ketika dia bersama adiknya berada di rumah mereka di Ba’kelalan, Lawas.

Pengadu dan adiknya berjaya menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke rumah saudara sebelum membuat laporan polis.

Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis digerakkan ke Ba’kelalan dan berjaya menahan suspek di rumahnya.

Polis turut merampas sebilah parang daripada suspek.

Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan berkaitan jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan tiga lelaki, rampas syabu dalam serbuan di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.