Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘BUJANG SATOK’ MASUK PERANGKAP
  • TEMPATAN

‘BUJANG SATOK’ MASUK PERANGKAP

Utusan Sarawak 4 years ago
BUJANG SATOK… Buaya yang berukuran kira-kira 11 kaki dihantar ke Jong’s Crocodile Farm untuk tindakan selanjutnya.

KUCHING: Seekor buaya yang digelar ‘Bujang Satok’ akhirnya tewas apabila telah masuk ke dalam perangkap yang dipasang sejak lima hari lepas.

Operasi menangkap buaya itu dijalankan oleh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di Tebingan Sungai Sarawak, Satok di Kuching pagi semalam.

Jurucakap SFC berkata, buaya yang digelar ‘Bujang Satok’ itu telah masuk ke dalam perangkap yang dipasang sejak lima hari lepas selepas SFC mendapat laporan terdapat kehadiran buaya yang dikesan di lokasi tangkapan.

“Buaya yang berukuran kira-kira 11 kaki berkenaan sudah dihantar ke ‘Jong’s Crocodile Farm’ untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton bersama Timbalannya, Abang Arabi Abang Aimran turut turun padang menjayakan operasi terbabit.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan membuat laporan mengenai kehadiran buaya atau sebarang hidupan liar lain dengan menghubungi terus talian Hotline SFC Kuching (019-8859996), Sibu (019-8883561), Bintulu (019-8332737), Miri (019-8290994).

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Daerah Dalat capai imuniti kelompok Ogos
Next: LCDA sumbang RM2 juta untuk Tabung Bencana Negeri Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.