Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Budak 6 tahun disambar buaya ketika mandi sungai
  • KEMALANGAN

Budak 6 tahun disambar buaya ketika mandi sungai

Utusan Sarawak 8 months ago

Cicilia Julan Intik yang disambar buaya ketika mandi bersama ahli keluarga di sungai: Foto ihsan JBPM Sarawak)

BINTULU: Seorang datuk mengalami tragedi ngeri apabila menyaksikan cucu kesayangannya disambar buaya di jeti Kampung Seberang Pasar Lama, Tatau, di sini hari ini.

Tragedi itu berlaku sekelip mata apabila mangsa, Cicilia Julan Intik disambar reptilia ganas itu semasa mandi bersama ahli keluarganya di jeti berkenaan.

Menurut laporan Pegawai Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden pada 7.21 petang.

Katanya, tragedi itu disaksikan sendiri oleh datuk mangsa sekitar 6.30 petang.

“Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan anggota dengan kekuatan enam orang dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai bomba,” katanya.

Menurut PGO, operasi mencari mangsa meliputi pencarian di sekitar jeti dan di kawasan tepi tebing.

Operasi pencarian mangsa ditangguhkan pada pukul 8.30 malam kerana keadaan cuaca gelap dan faktor keselamatan anggota SAR dan operasi pencarian akan disambung semula pada pagi esok.

Oleh RYNNA SHA’ERRA 

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas bomba berjaya selamatkan ibu dan anaknya
Next: Bomba terima 2,575 panggilan kecemasan kes pokok tumbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.