Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bubur lemak lambang perpaduan, kebersamaan masyarakat
  • TEMPATAN

Bubur lemak lambang perpaduan, kebersamaan masyarakat

Utusan Sarawak 2 months ago
RASMI… Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali melakukan simbolik perasmian dengan menuangkan bubur lemak ke dalam bekas plastik pada perasmian Program Agihan Bubur Lemak Sarawak di Bangunan KOPERWANIS, Metrocity, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Bubur lemak bukan sekadar juadah berbuka, tetapi juga lambang perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat, terutama pada Ramadan.

Bersempena bulan penuh keberkatan ini, Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) dengan kerjasama Koperasi Wanita Sarawak (KOPERWANIS) telah menganjurkan Program Agihan Bubur Lemak Sarawak untuk komuniti setempat.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, penyediaan bubur lemak itu bukan sekadar tradisi, tetapi juga melambangkan nilai kesyukuran dan empati terhadap golongan yang kurang berkemampuan.

UCAPAN… Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pada perasmian Program Agihan Bubur Lemak Sarawak di Bangunan KOPERWANIS, Metrocity, hari ini.

“Bubur lemak sangat sinonim dengan Ramadan. Apa yang lebih bermakna, program seperti ini bukan sahaja mengisi keperluan berbuka puasa tetapi turut menyuburkan semangat gotong-royong dan perpaduan dalam masyarakat.

“Sebanyak 700 bungkus bubur lemak dan bubur pedas telah diagihkan kepada ahli-ahli PPWS dan komuniti surau di sekitar Kuching sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan Ramadan.

“Syabas kepada PPWS yang terus melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk program kebajikan dan keusahawanan. Ini membuktikan komitmen mereka dalam membantu memperkasakan wanita Sarawak,” katanya ketika berucap di Perasmian Program Agihan Bubur Lemak Sarawak di Bangunan KOPERWANIS, Metrocity, hari ini.

PERSEDIAAN mengagih bubur lemak.

Sementara itu, Pengerusi KOPERWANIS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Program Bubur Lemak Sarawak, Norjanah Razali, menegaskan bahawa aktiviti ini bukan sekadar memasak dan mengagihkan bubur, tetapi turut mengeratkan hubungan sesama ahli serta komuniti.

“Program ini diadakan secara gotong-royong bagi memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan ahli PPWS serta masyarakat setempat,” ujarnya.

Selain aktiviti kebajikan, PPWS juga terus aktif bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam menganjurkan program keusahawanan bagi memperkasakan wanita, termasuk bersama The Asia Foundation, SDEC dan StartUp Malaysia.

BACAAN doa bersama tetamu yang hadir semasa program Pengagihan Bubur Lemak Sarawak.

Majlis berakhir dengan gimik perasmian, penyampaian cenderamata dan sesi ramah mesra antara tetamu serta ahli PPWS yang hadir.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Negeri, Zainab Tambi; Naib Pengerusi Negeri PPWS; Ahli Jawatankuasa Induk PPWS Sesi 2025-2026 serta ahli-ahli PPWS.
Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Beyond Beauty: Wellness Checks for Women
Next: 32 masjid, surau DUN Demak Laut terima sumbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.