Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya berukuran 1.6 meter berjaya ditangkap 
  • WILAYAH

Buaya berukuran 1.6 meter berjaya ditangkap 

Utusan Sarawak 4 months ago

TEWAS... Anggota bomba berjaya menangkap seekor buaya berukuran 1.6 meter seberat 11 kilogram (kg) di tepi parit di Jalan Sim Kheng Hong di Batu Niah, sekitar jam 4.30 pagi tadi.

BATU NIAH: Seekor buaya berukuran 1.6 meter seberat 11 kilogram (kg) berjaya ditangkap oleh anggota bomba di tepi parit, Jalan Sim Kheng Hong di sini sekitar jam 4.30 pagi tadi.

Kemunculan buaya tersebut disedari oleh pemilik rumah di situ yang terus melaporkan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah pada jam 4.24 pagi.

Ketua BBP Batu Niah PBT II Rary Binjie ketika dihubungi berkata, selepas menerima panggilan pihaknya mengarah anggota ke lokasi sejauh tiga kilometer (km) dari balai.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, pengadu melaporkan ternampak seekor buaya di tepi parit di rumahnya.

“Tindakan PKO, setelah meninjau kawasan mendapati seekor buaya di tepi parit sebelah kanan rumah pelapor.

“Operasi menangkap dimulakan dengan menggunakan jaring, kain menutup mata dan tali bagi mengikat mulut dan kaki buaya untuk memastikan keadaan selamat dan terkawal,” katanya.

Buaya tersebut dibawa ke balai dan akan diserahkan kepada pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan selanjutnya.

Oleh Adum Liu 

Continue Reading

Previous: Ubah mentaliti sekolah bukan hanya untuk dapat sijil, lulus peperiksaan
Next: Ular sawa albino terlepas sangkar diserahkan kepada SFC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.