Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mimpi ngeri penduduk Kampung Dagang berakhir
  • Utara
  • WILAYAH

Mimpi ngeri penduduk Kampung Dagang berakhir

Utusan Sarawak 3 months ago
TEWAS…Buaya yang meresahkan penduduk kampung akhirnya berjaya ditangkap menggunakan pancing berumpankan daging ayam.

MARUDI: Kebimbangan masyarakat di Kampung Dagang, Marudi selama bertahun-tahun, akhirnya reda setelah sekumpulan penduduk Dari kampung tersebut berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 10 kaki, semalam.

Menyertai beberapa penduduk kampung untuk menangkap buaya tersebut, Najib Haziq Mohamad, 38, yang berkongsi pengalaman kepada pemberita Utusan Sarawak, reptilia itu tumpas selepas ia mengambil umpan yang disediakan oleh pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Rabu lalu.

“Rabu lalu, pihak SFC telah memasang umpan itu di belakang kampung kami.

“Setelah kami pergi memeriksanya semalam (Sabtu), kami mendapati buaya itu telah mengambil umpan tersebut.

BUAYA yang telah berjaya ditangkap diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar.

“Kami menaiki bot untuk mengesan keberadaannya dan menemuinya di seberang tebing sungai,” kata Najib.

Katanya lagi, dia bersama empat rakan berjaya menangkap buaya itu dan membawanya ke tebing sungai sebelum diserahkan kepada SFC.

“Kami percaya ia adalah buaya sama yang telah mengoyak pukat kami selama bertahun-tahun dan juga cuba menyerang salah seorang penduduk kampung tidak lama dahulu,” katanya.

Buaya itu, ujarnya, seberat kira-kira 600 kilogram.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Eksklusif:  Jambatan Batang Rajang dibuka dua minggu sempena Hari Raya
Next: Pertimbang cadangan pasang tangki air di rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.