JIKU JUGUONG
MARUDI:Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Marudi menjadi tumpuan orang ramai untuk mengeluarkanwang Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dan Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) semalam.
Kaunter Bantuan PRIHATIN Nasional dan Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang dibayar BSN secara tunai.
Tinjaun Utusan Sarawak mendapati orang ramai mula beratur panjang di hadapan bank BSN seawal jam 8.00 menunggu bank dibuka jam 9.00 pagi.
Keadaan terkawal dan dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan anggota RELA bagi memastikan pelanggan mengikut dan mematuhi prosedur arahan pihak BSN.
Menurut maklumat daripada pihak BSN di sini, kaunter BSN dibuka untuk pembayaran secara tunai kepada penerima yang tiada akaun bank dan bayaran BPN yang gagal dikredit ke akaun penerima.
Pihak BSN juga juga memaparkan notis awam di luar bank berkenaan untuk mengingatkan orang ramai untuk mempraktikkan penjarakan sosial sejauh satu meter semasa menunggu di luar dan melakukan transaksi perbankan di premis cawangan BSN Marudi.
Pihak BSN hanya membenarkan empat hingga enam pelanggan di dalam permis cawangan dalam satu masa.
Pihak BSN juga mengalakkan pelanggan memakai penutup hidung dan mulut ketika berada di premis cawagan BSN dan jika pelanggan didapati tidak memakaikannya maka tidak dibenarkan masuk dalam presmis BSN.
Dalam pada itu, seorang penerima BKSS Jidi Mat ketika ditemui memberitahu, beliau datang ke BSN untuk mengeluarkan BKSS di kaunter sejak jam 8.00 pagi.
Katanya, memandangkan terlalu ramai dan beratur panjang beliau bertekad untuk datang semula ke BSN pada sebelah petang nanti dan memberi peluang kepada penerima yang lain terutama dari rumah panjang.