BINTULU: Mangsa kebakaran di Rumah Eloh Jugah, Kampung Banyai, Sungai Segan Bintulu Khamis lalu turut mendapat perhatian Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Bintulu.
Rumah panjang 24 buah pintu itu dihuni oleh 135 orang.
Difahamkan ketika ini, mangsa mendirikan khemah sementara di kawasan lapang berdekatan rumah panjang mereka yang terbakar.
Dalam pada itu, BSMM Cabang Bintulu tampil memberikan bantuan berupa keperluaan makanan asas untuk meringankan beban mangsa kebakaran.
Oleh Ellie Edward