Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Britney Spears didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah
  • HIBURAN

Britney Spears didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah

Utusan Sarawak 5 hours ago
BINTANG pop Britney Spears.

LONDON: Bintang pop Britney Spears didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah semalam, menurut Pejabat Peguam Daerah Ventura County di California, Amerika Syarikat (AS).

Pertuduhan itu dibuat hanya beberapa minggu selepas penyanyi terkenal itu secara sukarela mendaftar masuk ke pusat pemulihan, lapor PA Media/dpa.

Kes penyanyi berusia 44 tahun itu dijadual didengar di mahkamah pada 4 Mei, menurut Pejabat Peguam Daerah.

Jika Spears mengaku bersalah atas kesalahan memandu secara cuai, dia akan dikenakan percubaan selama 12 bulan dan perlu mengikuti kelas memandu di bawah pengaruh (DUI) serta membayar denda dan fi yang ditetapkan negeri.

Ini kerana Spears tidak mempunyai rekod DUI sebelum ini, tiada kemalangan atau kecederaan berlaku ketika penahanannya, dan paras alkohol dalam darahnya rendah, menurut Pejabat Peguam Daerah.

Penyanyi lagu ‘Toxic’ itu ditahan di California pada 5 Mac selepas dilihat memandu secara “tidak menentu”.

Spears, yang menurut polis bersendirian dalam kereta BMW 430i berwarna hitam, ditahan kerana memandu di bawah pengaruh dadah dan alcohol sebelum dibawa ke Penjara Utama Ventura County, barat laut Los Angeles.

Wakil penyanyi itu berkata ‘insiden malang’ berkenaan sama sekali tidak boleh dimaafkan, sambil menambah ia diharapkan menjadi langkah pertama ke arah perubahan yang sudah lama diperlukan dalam kehidupan Britney.

“Anak-anak lelakinya akan meluangkan masa bersamanya.

“Orang tersayangnya akan merangka pelan yang sudah lama diperlukan bagi membantunya mencapai kesejahteraan,” kata wakil itu.

Terbaharu, Spears menghasilkan kolaborasi bersama Elton John pada 2022 dan kemudian bekerjasama dengan anggota Black Eyed Peas, Will.i.am, menerusi lagu berjudul ‘Mind Your Business’  pada 2023.

Sepanjang kerjayanya selama beberapa dekad, Spears mencatat enam single nombor satu di United Kingdom (UK) dan lapan album 10 teratas UK, selain pernah bekerjasama dengan bintang seperti Madonna, Rihanna, Iggy Azalea dan Backstreet Boys. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Azam Sarawak angkat potensi komuniti Mukah melalui inisiatif kreatif di Pesta Kaul 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.