Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bot rekreasi tanpa lesen ditahan APMM di perairan Bintulu
  • JENAYAH

Bot rekreasi tanpa lesen ditahan APMM di perairan Bintulu

Utusan Sarawak 3 weeks ago

BINTULU: Sebuah bot rekreasi yang dipercayai beroperasi tanpa lesen dan dokumen sah telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu dalam satu rondaan, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah, berkata bot berwarna putih itu dikesan sedang belayar ke laut lepas semasa rondaan menerusi Operasi Khas Pagar Laut 1/2025, Op Tiris 3.0 dan Op Permai 01/2019.

“Bot tersebut dikendalikan oleh seorang nakhoda dan seorang kru, kedua-duanya lelaki warga tempatan masing-masing berusia 26 dan 21 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhammad Suffian, bot berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 474(1), Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal mengemukakan lesen dan dokumen berkaitan semasa pemeriksaan dijalankan.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda atau kompaun mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Bot bersama kru, jelasnya, telah ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

Dalam kenyataan itu, Muhammad Suffian turut menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebelum menjalankan sebarang aktiviti di laut.

Katanya lagi, sebarang maklumat, aduan atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 999, Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di 086-314254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432544 untuk tindakan segera.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Beri perhatian serius terhadap isu keselamatan, kesihatan mental
Next: Lelaki tempatan ditemui mati di bilik sewa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.