Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bot karam, langgar ‘tugboat’
  • TEMPATAN

Bot karam, langgar ‘tugboat’

Utusan Sarawak 5 years ago

NURZILLA MOHAMAD

SIBU: Seorang pesara polis dikhuatiri hilang manakala seorang lagi selamat dalam kejadian bot karam di perairan Sungai Batang Rajang sekitar Pulau Li Hua, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, bot yang dinaiki mangsa, Lim Lian Tiong, 63, bersama anak saudaranya, 29, untuk memancing telah karam dan terlanggar ‘tugboat’.

“Pengadu dan mangsa cuba menyelamatkan diri dengan berenang menuju ke sebuah ‘tugboat’ kecil yang ada berdekatan.

“Bagaimanapun, ketika pengadu sampai di bot tunda tersebut dan menoleh ke belakang, pengadu mendapati pakciknya sudah tiada dan tidak dijumpai,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Stanley, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah ditubuhkan yang terdiri dari sepasukan anggota polis dari Balai Polis Lanang, Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Tiga buah bot penyelamat telah digerakkan untuk mencari mangsa di sepanjang perairan Batang Rajang.

“Kes diklasifikasikan sebagai Orang Hilang,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Pejabat Pos Malaysia Kapit masih beroperasi
Next: Penduduk bersyukur terima bantuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.