Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Bomba terima 2,575 panggilan kecemasan kes pokok tumbang
  • KEMALANGAN

Bomba terima 2,575 panggilan kecemasan kes pokok tumbang

Utusan Sarawak 8 months ago
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan satu daripada dua mayat rakyat asing yang maut selepas kereta dinaiki dihempap pokok tumbang di Lebuh Gereja, di George Town, semalam.  FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima 2,575 panggilan kecemasan melibatkan kejadian pokok tumbang untuk tempoh Januari hingga Julai tahun ini menyaksikan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi.

JBPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan terdapat 441 kes pokok tumbang di Selangor diikuti 321 di Perak dan 264 di Sarawak.

Daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan sebanyak lapan kematian dicatatkan, 27 mangsa mengalami pelbagai kecederaan manakala 37 lagi selamat. 

JBPM menasihatkan orang ramai, khususnya pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada apabila berada di jalan raya sewaktu cuaca buruk.

“Pemandu kenderaan perlu memberikan perhatian kepada keadaan sekeliling terutama apabila berada di jalan raya yang terdapat pokok besar atau berusia di kiri dan kanan jalan raya.

“Sekiranya berlaku perkara tidak diingini, jangan panik, matikan enjin kenderaan terlebih dahulu dan cuba mohon bantuan orang awam atau menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Budak 6 tahun disambar buaya ketika mandi sungai
Next: Tekong lemas terjatuh ke laut di Tanjung Po

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.