Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bomba tangkap ular Tiung Cincin Emas
  • TEMPATAN

Bomba tangkap ular Tiung Cincin Emas

Utusan Sarawak 5 years ago
TANGKAP…Anggota bomba menangkap ular Tiung Cincin Emas yang berada dalam dapur salah sebuah rumah di Kampung Skim Penempatan Baru, Sungai Meradong, Bintangor
Khamis lalu. • Foto Ihsan BBP Bintangor

Earl Anek

BINTANGOR: Penghuni salah sebuah rumah di Kampung Skim Penempatan Baru, Sungai Meradong menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini setelah menemui seekor ular Tiung Cincin Emas dalam dapur rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penghuni rumah tersebut pada jam 9.36 pagi, Khamis lalu.

“Tiga anggota bomba bertugas bergerak ke lokasi untuk menjalankan khidmat khas menangkap ular.

“Setibanya di lokasi, didapati ular yang berada dalam  dapur rumah tersebut ialah ular Tiung Cincin Emas,” katanya.

Tambahnya, anggota bomba berjaya menangkap ular tersebut menggunakan alat penjerut ular.

“Setelah ditangkap, ular tersebut dilepaskan kembali ke habitat asal yang jauh dari penempatan manusia,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Setengah ekar belukar musnah terbakar
Next: ‘Pak Tambang’ hargai sumbangan kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.