Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba selamatkan 10 pelajar terkandas akibat banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba selamatkan 10 pelajar terkandas akibat banjir

Utusan Sarawak 5 months ago

KANOWIT: Seramai 10 orang pelajar bersama ibu bapa terkandas apabila jalan utama di Jalan Ulu Pedai di sini terputus hubungan akibat dinaiki air setinggi 4 kaki, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 9.14 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit segera digerakkan ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati jalan utama sepanjang 300 meter dinaiki air setinggi 4 kaki.

“Pelajar dan ibu bapa yang terkandas sedang dalam perjalanan pulang dari Asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Pedai menuju ke rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pasukan Bomba bersama tiga anggota polis bertindak mengiringi kesemua mangsa menyeberangi laluan tersebut menggunakan peralatan keselamatan seperti Personal Floating Device (PFD).

“Operasi berjaya diselesaikan sepenuhnya pada 11.10 pagi, dengan semua mangsa selamat tiba di rumah masing-masing,” katanya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 100 ahli KRT Nanga Tada sertai program AADK Sibu  
Next: 30 pelajar kejuruteraan Kolej Laila Taib melawat Lembaga Air Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.