Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Sarikei terus pantau kawasan berisiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Sarikei terus pantau kawasan berisiko banjir

Utusan Sarawak 6 months ago

PANTAU…. Anggota bomba memantau keadaan paras air di kawasan rendah berisiko banjir. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Rondaan pemantauan di lima kawasan rendah berisiko banjir telah dijalankan oleh pihak bomba petang semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, tiga anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan tersebut. 

“Lima kawasan rendah yang dipantau bermula jam 4.45 petang adalah Jalan Pisang Emas, Jalan Cempaka, Jalan Allamanda, Jalan Langsat dan Jalan Bunga Raya. 

“Rondaan pemantauan dijalankan di kawasan rendah berisiko banjir sempena menghadapi monsun timur laut (MTL),” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, pemantauan di lima kawasan tersebut mendapati paras air masih dalam keadaan terkawal. 

“Semasa pemantauan, air sedang pasang dan paras air masih terkawal. 

“Selain itu, keadaan cuaca mendung ketika pasukan bomba menjalankan pemantauan.

“Alhamdulillah, tiada panggilan kecemasan diterima sepanjang pemantauan dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: 128 warga SK Nanga Lasi diberi pendedahan keselamatan kebakaran
Next: Steve Lius kekal jawatan Ketua Pemuda PBB Ba’ kelalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.