Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Sarikei pantau tiga kawasan rendah berisiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Sarikei pantau tiga kawasan rendah berisiko banjir

Utusan Sarawak 6 months ago
PANTAU PARAS AIR… Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan paras air. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Pihak bomba menjalankan rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) ketika hujan dan trend air pasang di tiga kawasan rendah berisiko banjir, petang semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, pemantauan dijalankan bermula 5.40 petang. 

“Tiga kawasan rendah berisiko banjir yang dipantau adalah Jalan Ixora, Jalan Cempaka dan Jalan Allamanda. 

“Dua anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan tersebut,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, paras air di kawasan pemantauan masih dalam keadaan terkawal. 

“Alhamdulillah, walaupun hujan dan trend air pasang berlaku, paras air di tiga kawasan ini masih dalam keadaan terkawal.

“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: DUN: Gesa kerajaan negeri percepat pembinaan stesen minyak di Julau
Next: 128 warga SK Nanga Lasi diberi pendedahan keselamatan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.