Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bomba Sarikei berjaya padam belukar terbakar
  • TEMPATAN

Bomba Sarikei berjaya padam belukar terbakar

Utusan Sarawak 5 years ago

EARL ANEK

SARIKEI: Kawasan belukar di belakang salah sebuah sekolah rendah di sini terbakar, pagi semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, kebakaran berpunca daripada aktiviti perkebunan di kawasan berhampiran. 

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 11.05 pagi semalam. 

“Saya bersama seramai tujuh anggota bomba diketuai oleh PBK II Haron Jenai bergegas ke lokasi untuk memadam kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, petang semalam. 

Ujarnya, setibanya dilokasi, pasukan bomba memadam api menggunakan saluran bantu mula dan pemukul api sehingga padam sepenuhnya.

Operasi pemadaman api hanya mengambil masa empat minit dan selepas memastikan keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke BBP Sarikei. 

Continue Reading

Previous: Pekebun Getah digesa mohon IPG
Next: MAS setuju teruskan penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.