Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba sambung semula operasi potong dahan pokok tumbang hari ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba sambung semula operasi potong dahan pokok tumbang hari ini

Utusan Sarawak 3 months ago

JULAU: Operasi memotong dahan pokok tumbang di Jalan Entabai akan disambung semula hari ini, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar 7.45 malam tadi.

“Respons dengan panggilan kecemasan, seramai tujuh orang anggota bomba diketuai oleh komander operasi Haron Jenai bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada 8.06 malam, didapati berlaku insiden pokok tumbang akibat hujan lebat dan tanah runtuh,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pasukan bomba memotong pokok tersebut menggunakan satu unit mesin gergaji berantai.

“Operasi tidak dapat diteruskan kerana masih ada pergerakan tanah dan pokok masih ada yang akan tumbang.

“Kerja-kerja ini hanya akan dapat ditunda ke hari esok (hari ini).

“Operasi di lokasi ditamatkan pada 9.25 malam,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hantar bekalan makanan ke tiga rumah panjang, ambil masa empat jam 
Next: Lapan rumah dua tingkat selamat, separuh jalan terjejas tanah runtuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.