
SIBU: Anggota bomba perlu meredah banjir sejauh 500 meter untuk membawa seorang warga emas wanita ke jalan utama selepas laluan masuk ke rumahnya di Lorong Ling Kai Ching 6, dinaiki air sedalam sekitar 2 kaki.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak menerusi kenyataannya memberitahu, mangsa berusia 76 tahun itu berada dalam keadaan lemah ketika dibawa masuk ke dalam ambulans untuk diberikan rawatan lanjut.
Katanya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 6.50 petang.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) meredah banjir menggunakan Personal Floating Device (PFD) dengan membawa ‘strecher’ bergerak ke lokasi rumah mangsa yang terletak 500 meter dari jalan utama.
Selepas dibawa ke tempat selamat, mangsa kemudian diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diberikan rawatan lanjut.
Oleh Akun Giman