Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pindahkan dua keluarga, rumah dinaiki air
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba pindahkan dua keluarga, rumah dinaiki air

Utusan Sarawak 4 months ago

SIBU: Anggota bomba berjaya memindah dua keluarga selepas kediaman mereka di Skim Kuala Lama Mukah, di sini dilanda banjir kilat, pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.09 pagi tadi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah digerakkan ke lokasi.

“Pemindahan pertama, pasukan bomba bertindak memindahkan mangsa warga emas wanita berusia 87 tahun ke rumah anaknya di perumahan Orchid.

“Pemindahan kedua, pasukan bomba memindahkan seorang warga emas wanita berusia 83 tahun ke rumah anaknya di perumahan Lavender.

“Mangsa dipindahkan bersama tiga mangsa iaitu seorang dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Katanya, banjir kilat berlaku di Kampung Skim Penempatan Kuala Lama dengan sebahagian besar tempat sudah dinaiki air.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lebih 100 rumah panjang terima dana RM250,000
Next: Tradisi agihan limau mandarin, kad, kalendar diteruskan di sekitar bandar Bintangor  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.