Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau tebingan Sungai Rajang
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba pantau tebingan Sungai Rajang

Utusan Sarawak 3 months ago
PANTAU… Anggota bomba memantau paras air sungai, malam tadi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Tebingan Sungai Rajang telah dipantau oleh pihak bomba, malam tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Mahmudin Narudin, kawasan rendah berisiko banjir tersebut dipantau bermula 10.30 malam.

“Dua orang anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan selama 20 minit di kawasan tersebut.

“Semasa pemantauan, didapati keadaan paras air adalah terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, cuaca baik ketika anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan.

“Pemantauan selama 20 minit di tebingan Sungai Rajang mendapati air sungai sedang surut.

“Rondaan pemantauan selesai sepenuhnya pada 10.50 malam,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPS laksana kerja dalamkan Sungai Seduan
Next: Tujuh anggota bomba jalani ujian kecekapan fizikal individu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.