Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau paras air empat lokasi
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba pantau paras air empat lokasi

Utusan Sarawak 3 months ago

SARIKEI: Paras air di empat lokasi telah dipantau oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, hari ini.

Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik berkata, empat lokasi tersebut adalah Ulu Sarikei, Kampung Selalang, Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Roban dan Kampung Melayu Roban.

“Rondaan pemantauan dijalankan bermula 9.05 pagi hingga 12.56 tengah hari.

“Dua orang anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan tersebut,” katanya.

Tambahnya, paras air di lokasi pemantauan masih dalam keadaan terkawal.

“Air sedang surut semasa anggota bomba menjalankan pemantauan paras air.

“Hujan renyai-renyai juga sedang berlaku semasa pemantauan dijalankan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dapur sebuah rumah didiami 14 penghuni terjejas akibat tanah runtuh
Next: SCCCI anjur majlis ramah mesra sempena Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.