Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau kawasan berisiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba pantau kawasan berisiko banjir

Utusan Sarawak 4 months ago
PANTAU… Anggota bomba menjalankan pemantauan paras air di tebingan sungai Batang Rajang. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir, malam tadi.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, rondaan tersebut dijalankan di tebingan sungai Batang Rajang.

“Dua anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan di kawasan tersebut bermula 9.15 malam hingga 9.40 malam.

“Semasa rondaan, didapati keadaan di kawasan tersebut dalam keadaan terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, cuaca dalam keadaan baik dan air pasang.

“Alhamdulillah, tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang pemantauan dijalankan oleh pihak kami.

“Rondaan pemantauan ini adalah bagi mengetahui keadaan terkini di kawasan rendah berisiko banjir semasa monsun timur laut (MTL),” katanya.
Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Perkukuh landskap penjagaan kesihatan negara
Next: 10 organisasi terima geran MRP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.