Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau kawasan berisiko banjir 
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba pantau kawasan berisiko banjir 

Utusan Sarawak 6 months ago

PANTAU....Anggota bomba membuat pemantauan paras air di sekitar kawasan. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Tiga kawasan rendah berisiko banjir di sini dipantau oleh pihak bomba. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin berkata, rondaan pemantauan sempena monsun timur laut (MTL) itu dijalankan pada petang dan malam tadi. 

“Pada sebelah petang, pemantauan paras air dijalankan di dua kawasan rendah berisiko banjir iaitu Jalan Lemayong dan Jalan Nanga Stras. 

“Pemantauan dijalankan oleh dua anggota bomba pada jam 1.29 petang. 

“Sepanjang pemantauan dijalankan, cuaca hujan dan air sedang surut,” katanya hari ini. 

Beliau berkata kawasan rendah berisiko banjir yang dipantau malam tadi adalah tebingan sungai Rajang. 

“Pemantauan dijalankan oleh tiga anggota bomba bermula pada jam 10.15 malam hingga jam 10.35 malam. 

“Semasa pemantauan, air sungai sedang surut dan cuaca baik. 

“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang pemantauan dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Cipta kemajuan bersama kunci kelab kekal bertahan setelah 35 tahun penubuhan  
Next: Tiga kawasan rendah berisiko banjir di Sarikei dipantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.