Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau empat kawasan rendah berisiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba pantau empat kawasan rendah berisiko banjir

Utusan Sarawak 2 months ago
PANTAU… Anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan paras air di kawasan rendah berisiko banjir. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Empat kawasan rendah berisiko banjir di sini telah dipantau oleh pihak bomba, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, rondaan pemantauan dijalankan bermula 11.00 malam hingga 12.35 tengah malam.

“Rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) dijalankan oleh dua orang anggota bomba.

“Penantauan paras air dijalankan di Jalan Allamanda, Jalan Ixora, Jalan Cempaka dan Jalan Rentap,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, trend air surut sedang berlaku semasa pihaknya menjalankan rondaan pemantauan.

“Cuaca baik semasa anggota bomba menjalankan pemantauan paras air di setiap kawasan tersebut.

“Paras air terkawal dan tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Biawak ceroboh rumah ditangkap
Next: Lahir modal insan cemerlang hasil kerjasama erat semua pihak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.