Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau dua kawasan rendah berisiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba pantau dua kawasan rendah berisiko banjir

Utusan Sarawak 2 months ago
PANTAU… Anggota bomba memeriksa paras air di kawasan rendah berisiko banjir, malam tadi. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Dua kawasan rendah berisiko banjir di sini telah dipantau oleh pihak bomba, malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) bermula 8.30 malam. 

“Dua kawasan rendah berisiko banjir yang dipantau adalah Jalan Bunga Raya dan Jalan Pisang Emas. 

“Seramai dua orang anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, keadaan semasa rondaan di kedua-dua kawasan tersebut adalah trend air pasang. 

“Cuaca baik dan keadaan lalu lintas juga terkawal. 

“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf Rumah Panau di Ulu Kemalih Entabai akan dilaksanakan
Next: Pelihara keharmonian sebagai warisan membanggakan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.