
SARIKEI: Dua kawasan rendah berisiko banjir di sini telah dipantau oleh pihak bomba pada malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menjalankan pemantauan paras air di tebingan Sungai Rajang dan tebingan Sungai Nyelong.
“Rondaan pemantauan dijalankan oleh pihak kami bermula 9.00 malam.
“Rondaan dijalankan adalah bagi memantau keadaan semasa di kawasan rendah sepanjang musim monsun timur laut (MTL),” katanya ketika dihubungi.
Katanya, air sedang surut semasa pemantauan dijalankan oleh pihaknya.
“Keadaan paras air terkawal dan cuaca baik semasa pemantauan tersebut.
“Rondaan pemantauan di kedua-dua kawasan rendah berisiko banjir selesai sepenuhnya pada 9.20 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek