Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bomba padam kebakaran di menara telekomunikasi, elak kerosakan teruk
  • KEBAKARAN

Bomba padam kebakaran di menara telekomunikasi, elak kerosakan teruk

Utusan Sarawak 2 months ago
TERBAKAR… Sebahagian daripada menara telekomunikasi dijilat api dalam satu kejadian kebakaran, petang tadi.

BINTULU: Sebuah menara milik sebuah syarikat telekomunikasi terlibat dalam kebakaran petang tadi, namun tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berjaya mengawal sekali gus memadamkan api sebelum ia merebak dan mengakibatkan kerosakan lebih teruk.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, panggilan kecemasan berkaitan kebakaran tersebut diterima pada 3.13 petang, dengan dua pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong serta BBP Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran berlaku pada struktur menara.

“Keadaan laluan yang sempit dan berbukit menyukarkan akses jentera bomba, menyebabkan anggota terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik syarikat telekomunikasi untuk ke tapak kejadian,” katanya.

OPERASI PEMADAMAN… Anggota bomba semasa melakukan operasi pemadaman kebakaran di sebuah menara telekomunikasi di Bintulu, petang tadi.

Operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua unit alat pemadam api dan berjaya dikawal dalam tempoh kurang sejam.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.07 petang manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas elak rumah musnah terbakar
Next: 45 penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Belaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.