Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bomba: Letupan gas hidrogen di Taman Perindustrian Samalaju disyaki akibat kebocoran penapis
  • KEBAKARAN

Bomba: Letupan gas hidrogen di Taman Perindustrian Samalaju disyaki akibat kebocoran penapis

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTULU: Satu letupan gas hidrogen berlaku di sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju di sini malam tadi, dipercayai akibat kebocoran pada bahagian penapis sebuah kilang.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 11.00 malam, dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

Ketua BBP Samalaju, PPgB Tc Irwin Abidin berkata, letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas hidrogen pada gasket bebibir yang menyebabkan pengumpulan gas di pusat perlindungan di Seksyen PS1 A1, tingkat lapan.

“Kawasan letupan meliputi keluasan 35 meter persegi, dengan radius kerosakan empat meter persegi.

“Tiada letupan melibatkan paip atau vessel, dan kerosakan hanya terhad kepada panel perlindungan,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, pengendali loji telah mengasingkan dan menghentikan operasi melalui Pusat Kawalan Satu (CCR1) untuk mengawal situasi dan mengelak risiko baharu.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas orang awam selamatkan Hilux daripada terbakar
Next: Rumah Beji Utek terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.