Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bomba Batu Niah bersihkan kawasan pokok tumbang
  • TEMPATAN

Bomba Batu Niah bersihkan kawasan pokok tumbang

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMBERSIHAN… Anggota Bomba Batu Niah berusaha mengalihkan pokok yang tumbang di Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu semalam.

SUAI : Kawasan pokok besar tumbang melintang di tengah jalan berdekatan rumah panjang Tr. Ngadan di Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu berjaya dibersihkan oleh tujuh anggota Bomba Batu Niah.

Bomba Batu Niah telah menerima satu panggilan daripada orang awam yang memohon perkhidmatan membersihkan jalan raya pada jam 6.00 pagi.

Demi keselamatan pengguna jalan raya, seramai tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi yang terletak sejauh 19 kilometer daripada Balai Bomba Batu Niah.

“Setibanya  di lokasi, kami  mendapati terdapat sebatang pokok bergarispusat lebih kurang enam inci merentangi separuh jalan raya dan membahayakan kenderaan yang menggunakan Jalan Pesisiran Pantai Miri Bintulu.

“Pasukan bomba bertindak memotong dan mengalih batang serta dahan pokok berkenaan ke bahu jalan supaya selamat dilalui oleh semua kenderaan,” jelasnya seorang jurucakap.

Kerja pembersihan kawasan itu mengambil masa hampir 30 minit yang diketuai oleh PBK II Peter Ngumbang.

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan projek pertanian moden diperkembang
Next: JKKK digesa bekerjasama dengan JPBN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.